Nyahdaftarkan Peranti Anda

Apabila peranti anda didaftarkan dalam Program Apple Beta Software, anda akan menerima versi baharu beta secara automatik. Pada bila-bila masa, anda boleh menyahdaftarkan peranti anda supaya ia tidak lagi menerima kemas kini ini.

Buka Kemas Kini Perisian dalam Seting Sistem

Lancarkan Seting Sistem dan pilih Umum serta pilih Kemas Kini Perisian.


Nyahaktifkan kemas kini beta

Untuk komputer Mac yang menjalankan macOS Ventura 13.4 atau lebih baharu:

Untuk berhenti menerima beta, klik butang “Info” di sebelah “Kemas kini beta” dan kemudian pilih “Tak Aktif”.

Untuk komputer Mac yang menjalankan macOS Ventura 13.3 atau lebih baharu:

Untuk berhenti menerima beta, klik butang “Butiran…” di sebelah “Mac ini didaftarkan dalam Program Apple Beta Software.” Dialog akan kelihatan dan bertanya jika anda mahu memulihkan seting kemas kini lalai anda. Pilih “Pulihkan Lalai”.


Pasang versi seterusnya macOS

Apabila versi komersial macOS seterusnya dikeluarkan, anda boleh memasangnya daripada Kemas Kini Perisian.


Bagaimanakah saya memulihkan keluaran macOS sebelum ini?

Untuk kembali ke keluaran macOS sebelumnya, anda boleh mengikuti langkah di sini:

Nyahaktifkan kemas kini beta

Untuk peranti yang menjalankan iOS 16.4 atau lebih baharu:

Untuk berhenti menerima beta, pergi ke Seting > Umum > Kemas Kini Perisian > Kemas Kini Beta dan ketik “Tak Aktif” daripada senarai pilihan.

Untuk peranti yang menjalankan iOS 16.3 atau lebih awal:

Pergi ke Seting > Umum > VPN & Pengurusan Peranti dan ketik Profil Perisian Beta iOS & iPadOS yang kelihatan.

Ketik Keluarkan Profil. Jika diminta, masukkan kod laluan peranti anda, kemudian ketik Keluarkan. Setelah profil dipadamkan, peranti anda tidak lagi akan menerima beta iOS.


Pasang versi seterusnya iOS

Apabila versi komersial iOS seterusnya dikeluarkan, anda boleh memasangnya daripada Kemas Kini Perisian.


Bagaimana saya memulihkan kepada keluaran sebelumnya?

Untuk kembali ke keluaran sebelumnya, anda boleh memulihkan peranti iOS anda daripada sandaran yang anda cipta sebelum memasang beta.

Nyahaktifkan kemas kini beta

Untuk peranti yang menjalankan iPadOS 16.4 atau lebih baharu:

Untuk berhenti menerima beta, pergi ke Seting > Umum > Kemas Kini Perisian > Kemas Kini Beta dan ketik “Tak Aktif” daripada senarai pilihan.

Untuk peranti yang menjalankan iPadOS 16.3 atau lebih awal:

Pergi ke Seting > Umum > VPN & Pengurusan Peranti dan ketik Profil Perisian Beta iOS & iPadOS yang kelihatan.

Ketik Keluarkan Profil. Jika diminta, masukkan kod laluan peranti anda, kemudian ketik Keluarkan. Setelah profil dipadamkan, peranti anda tidak lagi akan menerima beta iPadOS.


Pasang versi seterusnya iPadOS

Apabila versi komersial iPadOS seterusnya dikeluarkan, anda boleh memasangnya daripada Kemas Kini Perisian.


Bagaimana saya memulihkan kepada keluaran sebelumnya?

Untuk kembali ke keluaran sebelumnya, anda boleh memulihkan iPad anda daripada sandaran yang anda cipta sebelum memasang beta.

Nyahaktifkan kemas kini beta

Untuk berhenti menerima beta tvOS, pergi ke Seting > Sistem > Kemas Kini Perisian > dan nyahaktifkan Dapatkan Kemas Kini Beta.


Pasang versi seterusnya tvOS

Setelah seting anda ditukar, Apple TV anda tidak lagi akan menerima beta tvOS. Apabila versi tvOS komersial seterusnya dikeluarkan, ia akan dipasang secara automatik jika anda mengaktifkan Kemas Kini Automatik. Atau anda boleh memasangnya daripada Seting > Sistem > Kemas Kini Perisian > Kemas Kini Perisian.


Nyahaktifkan kemas kini beta

Untuk berhenti menerima beta watchOS, pergi ke app Apple Watch pada iPhone dipasangkan anda, ketik tab Jam Saya, kemudian pergi ke Umum > Kemas Kini Perisian > Kemas kini beta, dan ketik “Tak aktif” daripada senarai pilihan.


Pasang versi seterusnya watchOS

Apabila versi komersial seterusnya watchOS dikeluarkan, ia akan dipasang secara automatik jika anda mengaktifkan Kemas Kini Perisian Automatik. Atau anda boleh menyemak untuk kemas kini secara manual dengan pergi ke app Apple Watch pada iPhone dipasangkan anda, mengetik tab Jam Saya, kemudian pergi ke Umum > Kemas Kini Perisian.


Lancarkan app Rumah

Untuk berhenti menerima beta HomePod, pergi ke app Rumah > Seting Rumah > Kemas Kini Perisian > Kemas Kini Beta dan nyahdaftar HomePod mini atau HomePod (generasi ke-2) yang anda tidak lagi mahukan dalam program Beta.


Pasang versi seterusnya perisian HomePod

Setelah seting anda ditukar, HomePod mini atau HomePod (generasi ke-2) tidak lagi akan menerima perisian HomePod. Apabila versi seterusnya perisian HomePod dikeluarkan, ia akan dipasang secara automatik jika anda mengaktifkan Kemas Kini Automatik. Atau anda boleh memasangnya daripada app Rumah > Seting Rumah > Kemas Kini Perisian > Kemas Kini Perisian.


Bagaimana saya meninggalkan Program Apple Beta Software?

Untuk meninggalkan Program Apple Beta Software, anda mesti daftar masuk terlebih dahulu, kemudian klik pautan Tinggalkan Program. Jika anda meninggalkan program, anda akan berhenti menerima e-mel tentang Program Apple Beta Software dan tidak lagi akan dapat menghantar maklum balas dengan Feedback Assistant.