Pulihkan Perisian Penghantaran

Untuk menggunakan versi OS yang dikeluarkan sebelum ini, anda boleh memadamkan peranti anda, kemudian memulihkan daripada sandaran yang anda cipta sebelum anda memasang beta.

Mac berasaskan Intel:

Nyahaktifkan Cari Mac Saya dan daftar keluar daripada Apple ID anda

Untuk nyahaktifkan Cari Mac Saya, pergi ke Seting Sistem > Apple ID > iCloud > Cari Mac Saya dan togol Cari kepada TAK AKTIF.

Kemudian klik butang balik untuk kembali ke Seting Sistem > Apple ID dan klik “Daftar Keluar…” untuk daftar keluar daripada akaun anda.

Sandarkan Mac anda

Sandarkan Mac anda menggunakan Time Machine.

Mulakan Pemulihan Internet

But ke Pemulihan Internet (Option-Command-R atau Option-Shift-Command-R) untuk bersedia untuk menurun taraf ke versi macOS yang disertakan dengan Mac anda atau versi terdekat yang masih tersedia.

Padam kumpulan volum

Buka Utiliti Cakera dan pilih “Macintosh HD”. Pilih “Padam Kumpulan Volum” (bukan hanya volum “Macintosh HD”). Anda mungkin mempunyai hasil yang tidak dijangka jika anda tidak memilih ”Padam Kumpulan Volum”. Apabila selesai, keluar daripada Utiliti Cakera.

Pasang Semula macOS dalam Pemulihan Internet

Klik pada Pasang Semula macOS dan ikuti arahan atas skrin. Jika Cari didayakan pada Mac, anda perlu mengaktifkan Mac apabila proses pemasangan semula selesai. Pada akhir proses pengaktifan, anda akan digesa untuk memulakan semula Mac. Butiran lanjut tentang memasang semula macOS tersedia di sini.

Ikuti Pembantu Persediaan macOS

Pada masa yang sesuai, pilih pilihan untuk memulihkan data daripada sandaran Time Machine. Pilih sandaran yang diselesaikan pada permulaan proses ini untuk memulihkan data Mac.


Mac dengan Apple silicon:

Nyahaktifkan Cari Mac Saya dan daftar keluar daripada Apple ID anda

Untuk nyahaktifkan Cari Mac Saya, pergi ke Seting Sistem > Apple ID > iCloud > Cari Mac Saya dan togol Cari kepada TAK AKTIF.

Kemudian klik butang balik untuk kembali ke Seting Sistem > Apple ID dan klik “Daftar Keluar…” untuk daftar keluar daripada akaun anda.

Sandarkan Mac anda

Sandarkan Mac anda menggunakan Time Machine.

Pulihkan dengan Apple Configurator 2

Gunakan prosedur berikut untuk pulihkan Mac dengan Apple silicon dengan Apple Configurator 2.

Ikuti Pembantu Persediaan macOS

Pada masa yang sesuai, pilih pilihan untuk memulihkan data daripada sandaran Time Machine. Pilih sandaran yang diselesaikan pada permulaan proses ini untuk memulihkan data Mac.

Sambungkan peranti iOS anda ke komputer anda

Buka Finder pada Mac anda atau App Peranti Apple pada Windows. Buka iTunes pada Windows tanpa app Peranti Apple atau macOS Mojave atau lebih awal.

Ketahui macOS yang Mac anda gunakan

Sambungkan peranti anda ke komputer anda menggunakan kabel USB.

Nota: Jika anda mendaftarkan Apple Watch dalam watchOS beta, memulihkan iPhone dipasangkan anda ke versi OS yang dikeluarkan sebelum ini tidak disyorkan kerana ia tidak lagi akan berpasangan dengan betul.

Letakkan peranti iOS anda dalam Mod Pemulihan

Pada iPhone 8, atau lebih baharu:

Tekan dan lepaskan dengan cepat butang Naikkan Kelantangan. Tekan dan lepaskan dengan cepat butang Turunkan Kelantangan. Kemudian, tekan dan tahan butang Sisi sehingga anda melihat skrin mod pemulihan.

Pada iPhone 7 atau iPhone 7 Plus:

Tekan dan tahan butang Tidur/Bangun dan Turunkan Kelantangan pada masa yang sama. Jangan lepaskan butang apabila anda melihat logo Apple. Teruskan menahan kedua-dua butang sehingga anda melihat skrin mod pemulihan.

Pada iPhone 6s dan lebih awal atau iPod touch:

Tekan dan tahan butang Tidur/Bangun dan Utama pada masa yang sama. Jangan lepaskan butang apabila anda melihat logo Apple. Teruskan menahan kedua-dua butang sehingga anda melihat skrin mod pemulihan.

Ketahui lebih lanjut tentang menggunakan Mod Pemulihan

Pulihkan peranti iOS anda

Komputer anda akan memberi anda pilihan untuk memulihkan atau mengemas kini peranti iOS anda. Anda perlu mengesahkan yang anda mahu mengesetkannya kembali ke seting kilangnya dengan memilih “Pulihkan” dan kemudian komputer anda akan memadamkan peranti anda.

Aktifkan peranti iOS anda

Setelah selesai, daftar masuk dengan Akaun Apple anda untuk mengaktifkan peranti anda.

Pulihkan daripada sandaran iOS anda

Apabila komputer anda menggesa anda untuk memulihkan semua maklumat anda daripada sandaran sebelumnya, pilih sandaran iOS yang anda cipta sebelum anda memasang iOS beta. Kemudian pilih "Teruskan" dan komputer anda akan memulihkan sandaran anda.

Mulakan semula peranti iOS anda

Selepas peranti anda dipulihkan, ia akan ditutup. Mulakan semula peranti iOS dan ikuti arahan atas skrin daripada Pembantu Persediaan.

Sambungkan iPad anda ke komputer anda

Buka Finder pada Mac anda atau App Peranti Apple pada Windows. Buka iTunes pada Windows tanpa app Peranti Apple atau macOS Mojave atau lebih awal.

Ketahui macOS yang Mac anda gunakan

Sambungkan iPad anda ke komputer anda menggunakan kabel USB.

Letakkan iPad anda dalam Mod Pemulihan

Untuk iPad tanpa butang Utama:

Tekan dan lepaskan dengan cepat butang kelantangan yang terdekat dengan butang atas. Tekan dan lepaskan dengan cepat butang kelantangan paling jauh daripada butang atas. Tekan dan tahan butang atas sehingga anda melihat skrin mod pemulihan.

Untuk iPad dengan butang Utama:

Tekan dan tahan butang Utama dan atas (atau sisi) pada masa yang sama. Teruskan menahan butang sehingga anda melihat skrin mod pemulihan.

Ketahui lebih lanjut tentang menggunakan Mod Pemulihan

Pulihkan iPad anda

Komputer anda memberi anda pilihan untuk memulihkan atau mengemas kini iPad anda. Anda perlu mengesahkan yang anda mahu mengesetkannya kembali ke seting kilangnya dengan memilih “Pulihkan” dan kemudian komputer anda akan memadamkan iPad anda.

Aktifkan iPad anda

Setelah selesai, daftar masuk dengan Akaun Apple anda untuk mengaktifkan peranti anda.

Pulihkan daripada sandaran iPad anda

Apabila komputer anda menggesa anda untuk memulihkan semua maklumat anda daripada sandaran sebelumnya, pilih sandaran iPad yang anda cipta sebelum anda memasang iPadOS beta. Kemudian pilih “Teruskan” dan komputer anda akan memulihkan sandaran anda.

Mulakan semula iPad anda

Selepas peranti anda dipulihkan, ia akan ditutup. Mulakan semula iPad anda dan ikuti arahan atas skrin daripada Pembantu Persediaan.